CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 17, 2012

:)

Assalamualaikum~

Hi guys.. Well semua orang sekarang sibuk dengan persiapan raya yang bakal menjelang 2 hari lagi.. Ramai yang sudah berangkat pulang ke kampung.. Dengan membawa baju baru.. Kasut baru.. Semuanya serba baru.. Begitu juga dengan aku.. Aku telah membuat persiapan untuk menanti kehadiran Syawal.. Tetapi...

Segalanya telah ditentukan oleh Allah.. Bak kata orang benda nak jadi.. Aku kemalangan dan kini aku tidak berapa kuat untuk berjalan kerana lutut kiri terhentak pada jalanraya dan mengakibatkan luka dan membengkak.. Terdapat juga luka di kaki kanan dan sedikit di tapak tangan.. Mujur lah tak berapa teruk sangat..

Orang lain gembira menyambut raya.. Kesana kemari berjalan tapi aku hanya mampu duduk diam kerana tak mampu untuk bergerak sangat.. Tetapi aku tetap gembira berjaya berpuasa 1 bulan.. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin <3

Wednesday, February 29, 2012

C# practical test sangat susah T.T

Well.!! Isnin hari tu aku ada practical test C# programming.. Seperti yang dijangkakan.. ianya memang susah.. Tersangat la susah.. Sampai buntu kepala aku nak cari penyelesaian untuk build program tu.. Disebabkan terlalu banyak error.. Aku tny member aku.. Dia merupakan salah seorang daripada DEAN LIST.. Soalan suruh aku guna IF Else statement.. Aku dah guna dah IF Else statement tersebut.. Tapi takdapat nak run program sbb ada error.. so member aku ni suruh pakai Switch case.. Disebabkan dah buntu, aku pun ikut la apa yang member aku suruh.. Pakai switch case kat program aku tu.. Padahal soalan suruh IF ELSE..

Benda pun dah lepas.. Tak leh nak buat apa dah.. huhu.!! Tunggu je la markah keluar nanti.. >"<

Sunday, February 26, 2012

Esok practical test programming.!! T.T

Isnin , bersamaan 27 Feb 2012 iaitu hari esok.. Di kampus akan mempunyai practical test untuk C# programming.. Im so nervous right now.. C# not easy as C++ last time.. Takut tak boleh buat test ni.. Kalau tak dapat buat habis la.. Aku dah la tak berapa nak mahir dalam C# ni.. Macam mana ni.. Aduih.!!!! Hope tomorrow all gonna be fine.!! >"<

Wednesday, February 22, 2012

mengapa C#

hermm.. mengapa c# begitu susah.? C++ lagi senang dari c# ni.. Susah betul aku nak dapat tangkap dengan selok-belok coding c# ni.. Pening kepala.!!! Tadi buat revision.. Madam suruh build program and dalam program tu kena ada Selection , Looping , Exception.. Kepala aku sangat blurr.!! Nasib baik dengan bantuan seorang budak DEAN.. Dapat jugak siapkan coding tu.. Thanks to him Arez Wong.! :)

Next week pulak ada practical build program.. " Only book are allow to bring ".. Kalau bawak buku pun belum tentu banyak membantu.. Entah macam mana la nak buat practical build program minggu depan ni.. Sekarang ni pun masih terpinga-pinga lagi.. Aku perlu ramai pakar-pakar coding untuk bantu aku.. T.T

Hope next week punya practical tak susah~ AMIN.!! >"<

Tuesday, February 7, 2012

Motor Baru


Motor aku baru sahaja keluar dari kedai pada tarikh 4 Feb 2012 jam 10 pagi.. hehe.!! Motor murah je aku beli.. Tak mampu nak beli motor mahal2 ni.. Motor ni aku beli guna duit aku sendiri.. Tak guna sesen pun duit parents aku.. Downpayment motor ni RM3k a.k.a RM3000.. Disebabkan downpayment ni la buat aku tak ada duit sekarang ni.. Kering poket tak ada baki.. fuhh.! Ada juga nego dengan tauke kedai motor tu minta kurang downpayment.. Dia tak bagi pulak.. Nak buat macam mana.. Oh ya.!! Untuk makluman motor ni motor scooter.. hehe.! Yamaha Nouvo 135Lc.. Pada mulanya rancangan bukan nak beli motor ni.. Nak beli motor Yamaha 135Lc.. Tapi motor tak ada stock.. So terpaksa la angkat Nouvo ni.. Sebab nak guna cepat.. hehe!! Nouvo pun Nouvo la.. Yang penting laju.. X)

Motor aku rupa dia sebiji macam gambar kat atas tu.. Semuanya serupa.. hehe.! Lawa tak.. ^^

p/s : Bapak aku yang overexcited pulak sebab ada motor baru.. Padahal motor tu motor aku.. Aku relek je.. Asalkan bapak aku happy.. Jadi la.. XD