CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, December 9, 2011

Hidup ku ketika cuti semester.. xD

Tamatnya semester hari tu.. Berkobar-kobar nak cari kerja.. Nak cari duit.. Semangat sangat.. Tapi bila dah jejak je kaki kat rumah.. Hilang terus semangat nak cari kerja tu.. Mana tak nya kan.. Kat rumah ada komputer.. Kalau kerja takda komputer.. Lagi pun tak sanggup nak berpisah dengan komputer kesayangan ni,, hehe.!

Tapi... Kali ni aku memang betul-betul kerja.. Kerja ape? Haaaaa.. Kalau nak tahu.. Aku jadi orang gaji sekarang dekat rumah ni.. Kemas rumah aku.. Basuh baju aku.. Masak aku.. Sebijik la macam orang gaji senang cerita.. Yang bestnya.. Aku jadi orang gaji dekat rumah bukan free.. Parents aku bagi gaji.. hehe.!

Habis je kemas rumah.. Terus boleh main game.. Kalau kerja kat luar.. Tak dapat main game kalau dah habis kerja.. Tak sangka pulak parents aku betul-betul nak bagi gaji.. Pada mulanya just cakap suka-suka.. Tetiba mereka setuju.. Memang bertuah la kan.. kekeke.! So itu lah kerja aku sempena cuti semester ni.. Jadi orang gaji dekat rumah.. peace~ ^^v

Assalamualaikum~

Saturday, November 26, 2011

Last Day Exam!

Well.. 24th November hari tu adalah hari last aku exam untuk semester 1 ni.. Macam tak caye je exam dah habis.. Tapi itu lah kan.. Bila cerita pasal exam ni.. Di fikir-fikir balikkan.. Cuak gak lah.. Mana tak cuaknya.. Paper semua susah-susah.. Kalau tak dapat score masak-masak.. 1st pointer ni lah yang penting untuk tentukan pointer semester-semester depan.. haih~~

Result pulak tak tahu bila keluarnya.. Tak sabar-sabar nak tahu pon ada.. Cuak nak tahu pun ada.. Seram-seram.! =x

Paper yang aku rasa yakin bila menjawab ialah paper Technical Mathematics 1 and Fundamental of Programming.. Paper Introduction to Business Organisation , Introduction to Information Technology , Foundation English and Pengajian Islam nak kata tak yakin tu boleh la jugak.. Senang citer so so je la.. ~.~

Thats it.. =)

Tuesday, November 8, 2011

How to put colour inside C++ programming

Hai kawan-kawan.!! Tetiba pulak rasa macam nak post tentang C++ programming.. Today i wanna teach u all how to put colour inside your C++ programming code.. Kalau yang dah tahu tu tak ape lah.. Kalau yang tak tahu tu.. You can try this~ ^^

Sebagai permulaan you guys kena type #include sebagai header.. Kemudian you guys kena buat declaration untuk colour-colour code ni dulu.. Bawah ni saya taruk colour-colour nyer untuk di declare kan..

int black = 0;
int dark_blue = 1;
int green = 2;
int cyan = 3;
int red = 4;
int dark_purple = 5;
int brown = 6;
int gray = 7;
int dark_gray = 8;
int blue = 9;
int neon_green = 10;
int light_blue = 11;
int light_red = 12;
int purple = 13;
int yellow = 14;
int white = 15;

Semua tu code untuk colour ye.. Ok next step is.. You guys kena tulis code untuk penggunaan colour ini.. Kalau tak nanti tak keluar colour pulak.. This is the code :

SetConsoleTextAttribute(GetStdHandle(STD_OUTPUT_HANDLE), 11);

Kemudian korang kena put code colour ni atas " COUT" korang.. Example macam ni :

SetConsoleTextAttribute(GetStdHandle(STD_OUTPUT_HANDLE), 11);
cout << " Welcome To My Tutorial ";

Colour boleh ditukar dengan berdasarkan code-code yang dah di declare di atas.. Nombor 11 ialah colour light blue.. Korang boleh tukar dengan memilih nombor lain bagi colour pilihan korang.. Contoh :

SetConsoleTextAttribute(GetStdHandle(STD_OUTPUT_HANDLE), 12);

12 merupakan colour light red.. hehe.! So macam mana.? Tak faham.? Boleh tanya saya.. Jangan segan-segan.. Saya bukan nak tunjuk pandai cuma nak berkongsi ilmu yang ada ini dengan korang.. Assalamualaikum~ Peace ^^v

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update : Header tu kena tulis #include windows.h.. Jangan lupa taruk benda ni <> dekat windows.h tu.. Tulis sebijik-sebijik macam iostream jugak.. Cuma tukar dalam dia tu dengan windows.h ye..



Monday, October 31, 2011

2 weeks more.!!

Apa yang 2 weeks more.? haha.! 2 weeks more tu adalah bermulanya final exam aku bagi semester 1.. Dah nak abis dah semester 1 rupanya.. hehe.! XD
Tp aku tak study ape pun lagi.. Oh tidak~!!!! cukup ke 1 minggu rivision week untuk study semua subject.? rasa macam tak cukup je.. haha.! itu lah izzat.. orang suruh kau belajar.. kau sibuk main game.. buang le tabiat suka main game kau tu.. lolx.! ~.~

Final Exam aku bermula pada tarikh 14th November - 26th November 2011.. Tp paper aku takde la sampai 26 hari bulan.. Paper aku jatuh hanya pada 14,16,19 November sahaja.. hehe.! 3 hari je.. tak leh lama-lama.. serabut kepala nak baca buku nanti.. kehkeh.! =P

Tak sabar gila nak abis semester ni.. kenapa tak sabar.? NAK PERGI KERJA LA.. CARI DUIT.!! XDDD

Sama-sama kita tunggu 14th November 2011 itu tiba.. ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update : Bukan 3 hari tapi 4 hari.. Salah tengok jadual pulak.. so paper aku jatuh pada 14,16,19 and 24 November.. XDDD

Tuesday, October 18, 2011

Culture Day Event at campus :O

Assalamualikum.! Nak cerita sikit..

Hari ni ada Culture Day Event dekat kampus.. Actually semalam lagi dah mula.. Tapi semalam bukan giliran kami.. Hari ni ialah giliran course aku iaitu Diploma in Information Technology (DIT) untuk bukak booth kat lobby kampus.. Semua krew DIT terlibat dalam event ini.. Setiap course diberi negeri-negeri oleh lecturer masing-masing.. So DIT diberi negeri Sabah. Nasib dalam course aku tu ada 2 orang budak sabah..

Apabila berbincang-berbincang.. Aku disumbatkan dalam bahagian tarian.. Kena menari tarian Sabah tu.. Korang ingat senang ke.. fuhh.!! =.=" Pada mulanya aku tak dapat bayangkan macam mana aku akan menari.. 1st day training wa menari macma kayu wa cakap sama lu.. Sampai cramp-cramp kaki aku kerana kayu punya pasal.. Memang gila jugak la.. Merana hidup aku dibuatnya.. So semalam last day training menari tarian Sabah.. Cuak gak takut berterabur nak perform hari ni.. Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan lancar.. AMIN~

Tamat sudah hari yang menyeksakan.. Tapi not bad jugak sebenarnya ada benda-benda ni.. Dapat kenal culture orang macam mana rupa.. Kalau tak buat macam ni sampai bila pun kita tak tahu kan.. Sampai je hostel aku terus terbongkang kerana kepenatan.. This is what we call life~ peace ^^v

Saturday, October 15, 2011

Hidup aku di Universiti =D

Sedar tak sedar dah 5 bulan aku masuk universiti.. Dah nak abis dah pun semester 1.. Aku dah tak jadi berapa junior dah lepas ni kan.. hehe.! oh ya.. Mungkin masih ada yang tak tahu lagi aku belajar dekat mana.. Ok sekarang aku bagi tahu.. haaaa~! aku belajar dekat Universiti Kuala Lumpur ( Malaysian Institute of Information Technology ( MIIT ) ). Aku amik course Diploma in Information Technology (IT). Kampus aku terletak di Kuala Lumpur.. Kampus aku ni boleh dikatakan dekat jugak lah dengan Pavillion and KLCC.. Bosan-bosan boleh merayap dekat sana.. hehe.! Ok lupakan pasal tu.. ~.~ Aku nak cerita.. Kalau korang nak tahu.. Yang membuatkan aku bangga masuk sini ialah.. MIIT ni merupakan kampus tertinggi di dunia.. Itu diaorang yang cakap lah.. Masa aku orentasi pun ada diberi tahu.. Tapi aku pun rasa memang betol kot.. Mana tak nyer kan.. Kalau korang semua tengok kampus-kampus yang lain.. Semua luas-luas kawasannya.. Semua melebar ketepi tapi kampus aku tak.. Kampus aku naik keatas.. Dah macam office you know.. Bawah ni gambar universiti aku :


Nampakkan naik keatas.. hehe.! Lagi satu yang bestnya ialah belajar dalam Air Cond.. Tak panas.. Sejuk je sentiasa.. hikhikhik.! =P Suasana belajar tak sama macam sekolah.. Sangat berbeza.. Memang best lah.. So yang kecik-kecik tu cepat-cepat lah besar.. hehe.! Dekat kampus dulu aku sorang-sorang je.. Dekat 2 or 3 bulan jugak lah takde kawan tapi sekarang dah ada kawan.. Macam-macam perangai pelik-pelik yang aku jumpa.. hehe.! Tapi mereka best~ Pada kalian yang berminat nak masuk sini.. Tak rugi pun.. Banyak kelebihan.. haha.! Ok lah.. Letih dah aku menaip so sampai disini saja lah.. Lain kali aku tulis lagi.. Assalamualaikum.! ^^

Sunday, October 9, 2011

Dah tak sabar.. =.=

Adui.! Adui.! Adui.! Bila lah nak abis semester ni.. Aku dah tak sabar.. Dah tak sabar.! Dah tak sabar.! Final exam pulak lambat lagi.. 14hb november baru start final exam.. NAK CUTI.!!!!!!!



AKU NAK CUTI.!!! CUTI.!!! CUTI.!!!


OK.! Aku dah tak tahu nak cakap apa.. XD







Tuesday, October 4, 2011

My dreams.!!



Aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang impian aku.. Impian yang ingin aku capai.. Impian yang aku impikan.. Aku asyik je berangan tentang benda ni.. Bila aku dah besar nanti, lepas aku tamat pengajian MASTER.. Aku nak pergi cari kerja di luar negara.. Tak kisah lah kat mana sekali pun.. Asalkan kat luar negara and kerja yang halal.. Aku bukannya nak majukan negara orang tapi itu lah orang cakap.. Nak cari rezeki lebih.. Taraf hidup kat luar negara agak tinggi.. Duit dieorangkan besar.. So kalau convert jadi duit kita tentu besar nilainya kan.. Aku teringin nak kerja kat US ke UK ke.. And tempat yang paling aku teringin sangat nak pergi is Japan..

Nanti aku dah besar aku teringin nak miliki sebuah kereta dan sebiji motor.. Kereta yang aku impikan is Audi R8 V10 GT.. Kereta ni sangat cool you know.. tengok gambar kereta kat atas tuh.. tu lah Audi R8 V10 GT.. Amacam.? Hot kan.. hehe~ Motor pulak aku impikan sebiji superbike Yamaha R1 macam gambar kat atas tu.. Baru lah nampak cool je kan bawak motor besar.. kehkeh.! Rumah pulak actually aku suka rumah condominium sebab design yang cantik and agak privacy.. Tapi bergantung jugak pada bakal isteri aku nanti nak rumah yang macam mana.. Teres ke semi-D ke banglo ke.. huhu.! :)

Kalau apa yang aku impikan ini termakbul bila aku besar nanti.. Aku bersyukur sangat-sangat.. Mungkin itu rezeki yang Allah berikan pada aku.. Aku sekarang nak belajar rajin-rajin.. Nak kejar and gapai apa yang aku impikan.. Itu matlamat aku sekarang.. Sound macam bodoh je kan.. Tapi tak salah kalau kita usaha.. Kalau usaha tentu ada hasilnya.. ^_^

Tuesday, September 27, 2011

Test IT....

Merujuk kepada tajuk seperti kamu semua dapat lihat diatas.. Hari ni aku ada test IT dekat kampus.. Masuk-masuk hall je hati dah gelisah.. Sampai 1 time tuh lecturer pun masuk.. Tapi aku tak perasan pulak pukul berapa time tuh.. Lecturer pun bagi lah kertas test.. Bila lecturer kata boleh mula je.. Aku pun bukak lah kertas soalan.. Bukak-bukak je kertas soalan tuh.. Aku tengok soalan dia aku dah garuk kepala.. Gila la.. Bahagian objektif boleh tahan lagi.. Dapat jugak lah jawab.. Tapi bahagian subjektif tuh.. Memang blank terus.. Jahanam-jahanam.. Dia punya susah tak boleh nak kata ape lah.. Tawakal je la jawabnya sekarang ni.. >_<"

Saturday, September 24, 2011

2 Movie tengok kat wayang dalam 1 hari..


Itu dia movie yang aku tengok kat wayang hari ni.. Dua-dua cerita ni best.. Johnny English Reborn and Bini-biniku Gangster.. Best sangat-sangat.. Pada yang tak tengok lagi tuh.. Baik korang pergi tengok.. Berbaloi kalau korang pergi tengok movie ni.. Tak rugi lansung taw.. Dua-dua movie ni kelakar.. Aku tengok berair mata aku sebab ketawa tak berhenti-henti.. Aku tak nak lah story kat korang movie ni pasal apa.. Tak syok pulak nanti korang nak tengokkan.. Sebab dah tau story line dia macam mana.. So baik korang pergi tengok.. hehe.! 4 star untuk Johnny English Reborn and 5 star Bini-Biniku Gangster.. Satu-satunya movie melayu yang buat aku teruja apabila menonton.. Tahniah lah.!! ^^

Monday, September 19, 2011

My TARGET.!!!

Memandangkan aku dah takde teman wanita, kekasih atau girlfriend atau lebih dikenali sebagai gf lah.. So sekarang ni dalam kepala aku ialah belajar.. belajar.. belajar.. Aku nak banggakan mak bapak aku.. Aku nak buktikan kat mereka bahawa aku boleh berjaya dalam hidup walaupun SPM jahanam.. haha.! Itu lah padahnya orang cakap tak nak dengar cakap mak bapak.. kahkah~ >.< Aku nak buktikan kat mereka yang anak dia ni boleh diharap.. ^_^

Nak tahu tak, hari jumaat lalu pada tarikh 16 september lepas je sembahyang jumaat kat masjid dengan bapak aku.. Nak balik tu aku ajak lah bapak aku lepak mamak.. Tetiba nak perkena tosai pulak kan.. haha.! :P Tengah lepak-lepak kat mamak tuh, aku pon borak-borak ah dengan bapak aku.. Mula-mula aku cakap kat bapak aku "Ayah tahu tak kerajaan sekarang nak naikkan gaji pekerja kat Malaysia sebab nak tarik orang Malaysia yang pro-pro kat luar negara tuh balik and kerja kat Malaysia".. Bapak aku pon elok bantai cakap "Tak kan boleh punya.. Gaji kat Malaysia sikit gila".. Pastu aku cakap lah kat bapak aku "Ayah, orang ingat nak sambung belajar sampai MASTER lah.! Pastu bila dah dapat MASTER, orang pun nak pergi kerja kat luar negara.. Tak nak kerja kat Malaysia".. Bapak aku pun support aku lah kan.. Bapak aku cakap "Elok lah tuh kau pergi kerja kat luar negara.. Gaji banyak.. Nanti ayah support bayar pengajian untuk kau sambung MASTER kau".. Aku dengar bapak aku cakap macam tuh.. Berkobar-kobar aku jadinya kan untuk dapat kan MASTER.. haha.! XD

So sekarang ni apa yang aku target.. Habis je Diploma ni terus buat Degree.. Pastu terus sambung study ke tahap MASTER.. Dapat kerja dengan Intel ke Google ke Yahoo ke Msn or Microsoft memang syok.. Gaji masyuk tuh.. hehe.! Itu lah yang aku target and harap aku dapat capai target aku tuh.. AMIN.!! :)