CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, October 31, 2011

2 weeks more.!!

Apa yang 2 weeks more.? haha.! 2 weeks more tu adalah bermulanya final exam aku bagi semester 1.. Dah nak abis dah semester 1 rupanya.. hehe.! XD
Tp aku tak study ape pun lagi.. Oh tidak~!!!! cukup ke 1 minggu rivision week untuk study semua subject.? rasa macam tak cukup je.. haha.! itu lah izzat.. orang suruh kau belajar.. kau sibuk main game.. buang le tabiat suka main game kau tu.. lolx.! ~.~

Final Exam aku bermula pada tarikh 14th November - 26th November 2011.. Tp paper aku takde la sampai 26 hari bulan.. Paper aku jatuh hanya pada 14,16,19 November sahaja.. hehe.! 3 hari je.. tak leh lama-lama.. serabut kepala nak baca buku nanti.. kehkeh.! =P

Tak sabar gila nak abis semester ni.. kenapa tak sabar.? NAK PERGI KERJA LA.. CARI DUIT.!! XDDD

Sama-sama kita tunggu 14th November 2011 itu tiba.. ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Update : Bukan 3 hari tapi 4 hari.. Salah tengok jadual pulak.. so paper aku jatuh pada 14,16,19 and 24 November.. XDDD

Tuesday, October 18, 2011

Culture Day Event at campus :O

Assalamualikum.! Nak cerita sikit..

Hari ni ada Culture Day Event dekat kampus.. Actually semalam lagi dah mula.. Tapi semalam bukan giliran kami.. Hari ni ialah giliran course aku iaitu Diploma in Information Technology (DIT) untuk bukak booth kat lobby kampus.. Semua krew DIT terlibat dalam event ini.. Setiap course diberi negeri-negeri oleh lecturer masing-masing.. So DIT diberi negeri Sabah. Nasib dalam course aku tu ada 2 orang budak sabah..

Apabila berbincang-berbincang.. Aku disumbatkan dalam bahagian tarian.. Kena menari tarian Sabah tu.. Korang ingat senang ke.. fuhh.!! =.=" Pada mulanya aku tak dapat bayangkan macam mana aku akan menari.. 1st day training wa menari macma kayu wa cakap sama lu.. Sampai cramp-cramp kaki aku kerana kayu punya pasal.. Memang gila jugak la.. Merana hidup aku dibuatnya.. So semalam last day training menari tarian Sabah.. Cuak gak takut berterabur nak perform hari ni.. Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan lancar.. AMIN~

Tamat sudah hari yang menyeksakan.. Tapi not bad jugak sebenarnya ada benda-benda ni.. Dapat kenal culture orang macam mana rupa.. Kalau tak buat macam ni sampai bila pun kita tak tahu kan.. Sampai je hostel aku terus terbongkang kerana kepenatan.. This is what we call life~ peace ^^v

Saturday, October 15, 2011

Hidup aku di Universiti =D

Sedar tak sedar dah 5 bulan aku masuk universiti.. Dah nak abis dah pun semester 1.. Aku dah tak jadi berapa junior dah lepas ni kan.. hehe.! oh ya.. Mungkin masih ada yang tak tahu lagi aku belajar dekat mana.. Ok sekarang aku bagi tahu.. haaaa~! aku belajar dekat Universiti Kuala Lumpur ( Malaysian Institute of Information Technology ( MIIT ) ). Aku amik course Diploma in Information Technology (IT). Kampus aku terletak di Kuala Lumpur.. Kampus aku ni boleh dikatakan dekat jugak lah dengan Pavillion and KLCC.. Bosan-bosan boleh merayap dekat sana.. hehe.! Ok lupakan pasal tu.. ~.~ Aku nak cerita.. Kalau korang nak tahu.. Yang membuatkan aku bangga masuk sini ialah.. MIIT ni merupakan kampus tertinggi di dunia.. Itu diaorang yang cakap lah.. Masa aku orentasi pun ada diberi tahu.. Tapi aku pun rasa memang betol kot.. Mana tak nyer kan.. Kalau korang semua tengok kampus-kampus yang lain.. Semua luas-luas kawasannya.. Semua melebar ketepi tapi kampus aku tak.. Kampus aku naik keatas.. Dah macam office you know.. Bawah ni gambar universiti aku :


Nampakkan naik keatas.. hehe.! Lagi satu yang bestnya ialah belajar dalam Air Cond.. Tak panas.. Sejuk je sentiasa.. hikhikhik.! =P Suasana belajar tak sama macam sekolah.. Sangat berbeza.. Memang best lah.. So yang kecik-kecik tu cepat-cepat lah besar.. hehe.! Dekat kampus dulu aku sorang-sorang je.. Dekat 2 or 3 bulan jugak lah takde kawan tapi sekarang dah ada kawan.. Macam-macam perangai pelik-pelik yang aku jumpa.. hehe.! Tapi mereka best~ Pada kalian yang berminat nak masuk sini.. Tak rugi pun.. Banyak kelebihan.. haha.! Ok lah.. Letih dah aku menaip so sampai disini saja lah.. Lain kali aku tulis lagi.. Assalamualaikum.! ^^

Sunday, October 9, 2011

Dah tak sabar.. =.=

Adui.! Adui.! Adui.! Bila lah nak abis semester ni.. Aku dah tak sabar.. Dah tak sabar.! Dah tak sabar.! Final exam pulak lambat lagi.. 14hb november baru start final exam.. NAK CUTI.!!!!!!!



AKU NAK CUTI.!!! CUTI.!!! CUTI.!!!


OK.! Aku dah tak tahu nak cakap apa.. XD







Tuesday, October 4, 2011

My dreams.!!



Aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang impian aku.. Impian yang ingin aku capai.. Impian yang aku impikan.. Aku asyik je berangan tentang benda ni.. Bila aku dah besar nanti, lepas aku tamat pengajian MASTER.. Aku nak pergi cari kerja di luar negara.. Tak kisah lah kat mana sekali pun.. Asalkan kat luar negara and kerja yang halal.. Aku bukannya nak majukan negara orang tapi itu lah orang cakap.. Nak cari rezeki lebih.. Taraf hidup kat luar negara agak tinggi.. Duit dieorangkan besar.. So kalau convert jadi duit kita tentu besar nilainya kan.. Aku teringin nak kerja kat US ke UK ke.. And tempat yang paling aku teringin sangat nak pergi is Japan..

Nanti aku dah besar aku teringin nak miliki sebuah kereta dan sebiji motor.. Kereta yang aku impikan is Audi R8 V10 GT.. Kereta ni sangat cool you know.. tengok gambar kereta kat atas tuh.. tu lah Audi R8 V10 GT.. Amacam.? Hot kan.. hehe~ Motor pulak aku impikan sebiji superbike Yamaha R1 macam gambar kat atas tu.. Baru lah nampak cool je kan bawak motor besar.. kehkeh.! Rumah pulak actually aku suka rumah condominium sebab design yang cantik and agak privacy.. Tapi bergantung jugak pada bakal isteri aku nanti nak rumah yang macam mana.. Teres ke semi-D ke banglo ke.. huhu.! :)

Kalau apa yang aku impikan ini termakbul bila aku besar nanti.. Aku bersyukur sangat-sangat.. Mungkin itu rezeki yang Allah berikan pada aku.. Aku sekarang nak belajar rajin-rajin.. Nak kejar and gapai apa yang aku impikan.. Itu matlamat aku sekarang.. Sound macam bodoh je kan.. Tapi tak salah kalau kita usaha.. Kalau usaha tentu ada hasilnya.. ^_^