CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, February 18, 2014

Si Dia..

Assalamualaikum,

Tersangat-sangat lah lama tak update blog ini.. Mujur ingat lagi password itu pun banyak kali try baru betul.. hahaha! Well, lelaki tak pandai sangat mengarang cerita macam perempuan.. lelaki biasanya straight to the point je bila bercerita.. sebab itu lah bosan kalau baca blog lelaki.. tak terpesong-terpesong macam blog perempuan..

Ok lah.. Disini aku nak cerita, bahawa aku telah jatuh hati pada seseorang ini..
Nak kata lama kenal dia tu tak lah lama.. Baru jugak la aku kenal dia.. Aku kenal dia sejak semester 5 iaitu sem lepas masa cuti study week.. Hati aku tergerak nak tegur dia.. Segalanya ditentukan oleh Allah.. Kerana Allah aku tergerak hati nak tegur dia dan kerana Allah detikkan perasaan aku terhadap dia..

Semenjak dua ni.. Dia dah menjauhkan diri dia daripada aku.. Aku sendiri tak tahu mengapa dia jadi sedemikian.. Aku tanya tapi dia tak jawab.. kami dah tak rapat lagi seperti dulu.. Sejujurnya aku sedih bila dia suddenly berubah without saying any words to me.. Dia jauh sangat dengan aku sekarang.. Tapi tak mengapa, aku tetap akan tunggu dia walaubagaimana sekali pun.. Hanya masa tentukan segalanya dengan izin Allah.. Aku akan sabar menunggu dia..

Aku bersyukur sangat pada Allah sebab pertemukan aku dengan dia walaupun hanya seketika.. Kerana Allah aku bertemu dengan dia.. Apa pun keputusan dia suatu hari nanti, inshaAllah aku akan terima sama ada 'Ya' atau 'Tidak'.. Jika 'Ya' syukur alhamdulillah kerana hatinya terbuka tetapi jika 'Tidak' aku terima tanpa rasa menyesal kerana perasaan yang ada pada hati aku ini inshaAllah adalah yang sebenar yang dihadirkan oleh Allah jadi tidak lah akan aku menyesal menunggu dirinya..

Dia merancang untuk menyambung pengajian ke luar negara.. Aku sedih tetapi aku juga gembira kerana itu adalah masa depan dia.. Aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk dia setiap masa.. Semoga dia peroleh kejayaan yang cemerlang di masa hadapan inshaAllah..

Terima kasih ku ucapkan pada mu Ya Allah kerana pertemukan aku dengan dia dan juga perasaan ini.. Ya Allah pelihara lah dia dari segala perkara buruk dan baik. AMIN! Saya akan tunggu awak..

Sampai di sini sahaja aku bercerita...

No comments:

Post a Comment