CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, February 22, 2014

Structured Query Language (SQL)

Assalamualaikum..

Today aku nak story pasal Structured Query Language a.k.a SQL..
SQL ni adalah language yang digunakan untuk query data dalam database " A statement".. Sekarang ni aku sedang menjalani "internship" selama 4 bulan sebelum menamatkan pangajian diperingkat Diploma..

Di syarikat dimana aku menjalani "internship", mereka tempatkan aku di Information Solution Department.. Aku telah diberikan tugasan untuk melakukan Oracle/SQL sepanjang internship ni berlansung.. Ketika belajar di Universiti, subjek SQL ni diajar ketika semester 3 iaitu tahun lepas.. Dan ketika belajar lecturer seperti tidak menitik beratkan sangat akan subjek ini.. Jadi bila internship, aku disuruh buat SQL aku jadi terpinga-pinga sebabnya subjek tu dah belajar lama and tak berapa ditekankan sangat.. Pada mulanya aku fikir SQL ni senang je tidak sesusah mana sebab masa study takda la susah sangat..

Jadi beberapa hari selepas aku masuk, aku diberikan latihan sedikit demi sedikit untuk membiasakan diri dengan enviroment SQL.. Pada Jumaat minggu lepas where everything started.. Aku diberi tugasan oleh supervisor aku sendiri untuk build query untuk dapatkan result as requested by the user.. Honestly, SQL ni tersangat-sangat susah sebabnya kena buat joining dengan banyak table untuk dapatkan result.. If salah joining akan dapat salah result ataupun result tak keluar which mean "No Record"..

Selama seminggu aku bertukus-lumus untuk menyiapkan tugasan ini.. Masa yang diberikan hanyalah 3 - 5 days.. Aku dah melebihi masa yang diberikan.. Tugasan ini aku buat sendirian tanpa bantuan dari staff lain kerana mereka suruh buat sendiri dan belajar.. Aku sampai dah tak tahu nak buat macam mana lagi untuk dapatkan result yang sepatutnya.. SQL bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang aku sangkakan dan aku rasa SQL ni antara yang tersusah yang pernah aku belajar..

I need more practice.. More.. and More.. Thank You Structured Query Language!

1 comment:

  1. izzy, jia you! Gambateh, u can do it! =)

    ReplyDelete