CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 18, 2011

Culture Day Event at campus :O

Assalamualikum.! Nak cerita sikit..

Hari ni ada Culture Day Event dekat kampus.. Actually semalam lagi dah mula.. Tapi semalam bukan giliran kami.. Hari ni ialah giliran course aku iaitu Diploma in Information Technology (DIT) untuk bukak booth kat lobby kampus.. Semua krew DIT terlibat dalam event ini.. Setiap course diberi negeri-negeri oleh lecturer masing-masing.. So DIT diberi negeri Sabah. Nasib dalam course aku tu ada 2 orang budak sabah..

Apabila berbincang-berbincang.. Aku disumbatkan dalam bahagian tarian.. Kena menari tarian Sabah tu.. Korang ingat senang ke.. fuhh.!! =.=" Pada mulanya aku tak dapat bayangkan macam mana aku akan menari.. 1st day training wa menari macma kayu wa cakap sama lu.. Sampai cramp-cramp kaki aku kerana kayu punya pasal.. Memang gila jugak la.. Merana hidup aku dibuatnya.. So semalam last day training menari tarian Sabah.. Cuak gak takut berterabur nak perform hari ni.. Alhamdulillah dengan izin Allah semua berjalan lancar.. AMIN~

Tamat sudah hari yang menyeksakan.. Tapi not bad jugak sebenarnya ada benda-benda ni.. Dapat kenal culture orang macam mana rupa.. Kalau tak buat macam ni sampai bila pun kita tak tahu kan.. Sampai je hostel aku terus terbongkang kerana kepenatan.. This is what we call life~ peace ^^v

No comments:

Post a Comment