CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, October 15, 2011

Hidup aku di Universiti =D

Sedar tak sedar dah 5 bulan aku masuk universiti.. Dah nak abis dah pun semester 1.. Aku dah tak jadi berapa junior dah lepas ni kan.. hehe.! oh ya.. Mungkin masih ada yang tak tahu lagi aku belajar dekat mana.. Ok sekarang aku bagi tahu.. haaaa~! aku belajar dekat Universiti Kuala Lumpur ( Malaysian Institute of Information Technology ( MIIT ) ). Aku amik course Diploma in Information Technology (IT). Kampus aku terletak di Kuala Lumpur.. Kampus aku ni boleh dikatakan dekat jugak lah dengan Pavillion and KLCC.. Bosan-bosan boleh merayap dekat sana.. hehe.! Ok lupakan pasal tu.. ~.~ Aku nak cerita.. Kalau korang nak tahu.. Yang membuatkan aku bangga masuk sini ialah.. MIIT ni merupakan kampus tertinggi di dunia.. Itu diaorang yang cakap lah.. Masa aku orentasi pun ada diberi tahu.. Tapi aku pun rasa memang betol kot.. Mana tak nyer kan.. Kalau korang semua tengok kampus-kampus yang lain.. Semua luas-luas kawasannya.. Semua melebar ketepi tapi kampus aku tak.. Kampus aku naik keatas.. Dah macam office you know.. Bawah ni gambar universiti aku :


Nampakkan naik keatas.. hehe.! Lagi satu yang bestnya ialah belajar dalam Air Cond.. Tak panas.. Sejuk je sentiasa.. hikhikhik.! =P Suasana belajar tak sama macam sekolah.. Sangat berbeza.. Memang best lah.. So yang kecik-kecik tu cepat-cepat lah besar.. hehe.! Dekat kampus dulu aku sorang-sorang je.. Dekat 2 or 3 bulan jugak lah takde kawan tapi sekarang dah ada kawan.. Macam-macam perangai pelik-pelik yang aku jumpa.. hehe.! Tapi mereka best~ Pada kalian yang berminat nak masuk sini.. Tak rugi pun.. Banyak kelebihan.. haha.! Ok lah.. Letih dah aku menaip so sampai disini saja lah.. Lain kali aku tulis lagi.. Assalamualaikum.! ^^

No comments:

Post a Comment